Britain berkabung, jasa Philip terus diingati - Utusan Malaysia

Britain berkabung, jasa Philip terus diingati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain berkabung atas pemergian Putera Philip selepas berita mengenai kematiannya diumumkan oleh Istana Buckingham.

Selepas pengumuman itu dibuat, orang ramai mula memenuhi perkarangan luar istana tersebut untuk melihat sendiri notis yang memaklumkan Duke of Edinburgh itu sudah meninggal dunia.

Bendera di kawasan istana juga sudah diturunkan separuh tiang.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyatakan Philip ‘menerima kasih sayang daripada pelbagai generasi di Britain, negara Komanwel dan juga di seluruh dunia’.

“Putera Philip sentiasa menyokong dan membantu kerabat diraja Britain serta sistem monarki di negara ini demi keseimbangan dan kebahagiaan kehidupan rakyat,” katanya.

Pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer merupakan antara pihak pertama yang mengucapkan takziah dan memperingati sumbangan serta jasa Philip sepanjang beliau berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Antaranya ketika Philip berkhidmat sebagai pegawai tentera ketika Perang Dunia Kedua.

“Beliau akan diingati atas komitmen dan jasa yang disumbangkan sepanjang hayatnya.

“Selama lebih tujuh dekad, Putera Philip setia menyayangi Ratu Elizabeth dan perkahwinan mereka menjadi simbol kekuatan, kestabilan serta harapan biarpun dunia berubah,” ujarnya. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya