Bom meletup di hotel ragut nyawa 4 mangsa - Utusan Malaysia

Bom meletup di hotel ragut nyawa 4 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAKISTAN: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan berpuluh-puluh individu lain cedera selepas sebuah bom meletup di hotel yang menempatkan duta China di selatan negara ini.

Letupan itu berlaku di kawasan parkir Hotel Serena yang merupakan hotel mewah terletak di bandar Quetta.

Insiden dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang membawa muatan dipenuhi bahan letupan dan diletakkan di kawasan parkir tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Sheikh Rashid Ahmad berkata, Duta China di Pakistan dimaklumkan menetap di hotel itu, tetapi tidak berada di tempat kejadian semasa bom meletup.

“Delegasi China seramai empat orang yang diketuai oleh dutanya menginap di hotel itu. Namun, duta tersebut tidak berada di kawasan kejadian semasa letupan berlaku,” katanya.

Menteri Perumahan, Ziaullah Langi berkata, rombongan rasmi itu berada dalam keadaan baik.

“Saya baru sahaja berjumpa duta itu, dia masih bersemangat tinggi,” katanya kepada wartawan.

Sementara itu, pegawai polis, Nasir Malik berkata, seramai 11 mangsa mengalami kecederaan dan beberapa individu lain berada dalam keadaan kritikal. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya