HAMPSHIRE: Seorang anggota bomba membina balai bomba sendiri di sebuah gudang di belakang rumahnya kerana terlalu merindui suasana itu ketika berada di luar waktu bekerja.
Kevin Francis, 49, dari Upper Clatford, Hampshire, membina stesen bomba menakjubkan selepas bertahun-tahun menyimpan koleksi peralatan, gambar dan memori untuk diletakkan dalam stesen itu.
Lapor Daily Mail, stesen itu dilengkapi tiang, topi keledar, pakaian seragam, lencana serta bar yang digunakan ahli keluarga semasa perintah kawalan pergerakan.
Francis berkhidmat sebagai anggota bomba selama 31 tahun dan mewarisi minat ayahnya yang berkecimpung dalam bidang sama.
“Saya menyimpan koleksi peringatan seperti pakaian seragam satu set yang berbeza mengikut tahun, gambar lama, poster kerjaya serta patung lama yang masih disimpan.
“Saya dan ayah merancang seluruh binaan ini daripada mula, semasa saya sakit dan tidak boleh bekerja. Ia mengambil masa selama enam bulan dan perlu mendapatkan kebenaran merancang kerana sangat besar,” katanya.
Francis berada dalam perkhidmatan bomba sejak berusia 18 tahun dan sentiasa mencintai sejarah di sebaliknya.
“Ia adalah tempat menakjubkan untuk digunakan semasa sekatan pergerakan akibat Covid-19. Saya mempunyai dua anak dan kami menggunakan ruang itu bersama,” ujarnya.