Beli epal dapat iPhone SE - Utusan Malaysia

Beli epal dapat iPhone SE

NICK JAMES memenangi telefon pintar iPhone dari Tesco sebagai sebahagian daripada promosi baharu pasar raya tersebut. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki terkejut menerima sebuah telefon pintar iPhone SE sebagai ganti kepada pembelian satu beg epal secara dalam talian di sebuah pasar raya Tesco.

Lapor Mirror, hadiah tersebut ekoran Tesco Mobile menawarkan telefon pintar iPhone, Airpods dan peranti Samsung secara percuma sebagai sebahagian daripada promosi baharu pasar raya tersebut. 

Menurut Nick James, 50, selepas membuat pembelian secara dalam talian, dia seperti biasa ke pasar raya Tesco Extra di Twickenham untuk mendapatkan barangannya.

Kata James, ketika tiba di pasar raya itu, dia diberitahu oleh beberapa pekerja ada `sesuatu’ di dalam beg yang dibelinya.

James terkejut selepas mengetahui dia memenangi iPhone SE secara percuma menerusi pesanan klik dan kumpul di aplikasi Tesco. 

“Saya sangka akan terima telur Easter atau barang lain sebagai hadiah. Namun, terkejut selepas mendapat tahu ia merupakan iPhone SE.

“Kami memesan epal dan secara rawak memenangi telefon pintar berkenaan.

“Saya berasa amat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Tesco serta Tesco Mobile atas hadiah ini,” katanya di laman Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya