Bayi ditembak abang usia tiga tahun - Utusan Malaysia

Bayi ditembak abang usia tiga tahun

GAMBAR yang disiarkan KTRK menunjukkan seorang budak lelaki dipercayai abang mangsa duduk di luar rumah di Houston. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Seorang bayi dipercayai maut ditembak oleh abangnya yang berusia tiga tahun di sebuah kediaman, di sini baru-baru ini.

 Lapor The Guardian, Penolong Ketua Polis Houston, Wendy Baimbridge berkata, bayi lelaki berusia lapan bulan itu terkena tembakan pada bahagian perut pada pagi Jumaat lalu. 

Katanya, beberapa orang dewasa yang berada di dalam kediaman itu segera membawa bayi lelaki tersebut ke hospital.

Namun, bayi itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

“Saya memohon kepada semua ibu bapa dan penjaga di seluruh negara untuk tidak membiarkan senjata api anda dapat diakses oleh sesiapa sahaja di dalam rumah anda.

“Tolong simpan di tempat selamat. Doakan keluarga ini, insiden itu merupakan peristiwa yang tragis,” kata Baimbridge.  

Penyiasat pada mulanya tidak dapat mengesan pistol yang digunakan dalam kejadian tembakan itu.

Namun, mereka berjaya menemukan pistol itu di dalam kenderaan keluarga tersebut yang digunakan untuk membawa bayi berkenaan ke hospital.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya