JAKARTA: Anggota penyelamat berusaha mencari puluhan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Indonesia dan Timor Leste yang mengorbankan sekurang-kurangnya 120 orang. Hujan lebat akibat Taufan Seroja menjejaskan tempat tinggal penduduk sehingga kawasan tersebut dipenuhi tanah lumpur dan menyebabkan pokok tumbang selain memaksa hampir 10,000 penduduk melarikan diri mencari tempat perlindungan di negara jiran yang berdekatan. Menurut agensi pengurusan bencana Indonesia, sebanyak 86 kematian dilaporkan di beberapa pulau terpencil berhampiran Timor Leste yang mana 34 orang lagi disahkan meninggal dunia sejak bencana itu melanda pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya