Bahan peluntur dijadikan ubat Covid-19 - Utusan Malaysia

Bahan peluntur dijadikan ubat Covid-19

BEBERAPA barang bukti dirampas dalam serbuan di rumah Jonanthan di Florida, Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Seorang lelaki dan tiga anaknya dari Florida didakwa di mahkamah kerana dipercayai menjual campuran bahan kimia berbahaya sebagai penawar kepada Covid-19 dan beberapa penyakit kronik yang lain.    

Lapor Oddity Central, Mark Grenon, 62 bersama anak lelakinya, Jonathan, Jordan dan Joseph didakwa atas kesalahan memasarkan dan menjual puluhan ribu botol dikenali Miracle Mineral Solution (MMS) di seluruh Amerika Syarikat (AS).

Mereka mendakwa MMS dapat merawat, mencegah dan menyembuhkan Covid-19 serta penyakit lain seperti kanser, Alzheimer, diabetes, HIV / AIDS, malaria bahkan autisme.

Pendakwa raya mempertikaikan dakwaan itu dengan menjelaskan bahawa MMS sebenarnya merupakan larutan yang menjadi klorin dioksida apabila ditelan.    

Klorin dioksida merupakan peluntur yang biasanya digunakan untuk rawatan air industri atau tekstil, pulpa dan kertas.

Berdasarkan laman sesawang Justice.gov, pendakwaan itu turut menyatakan Grenon beroperasi dibawah Genesis II Church of Health and Healing, sebuah entiti yang sering mengabaikan peraturan perubatan.

Menurut pendakwa Persekutuan di mahkamah di Miami, hasil serbuan di rumah Jonanthan mendapati keluarga tersebut menghasilkan MMS di sebuah bangsal di Bradenton, Florida.

Pihak berkuasa turut merampas puluhan tong biru yang mengandungi kira-kira 4,535 kilogram serbuk natrium klorit dan bahan lain yang digunakan dalam proses penghasilan dan pengagihan MMS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya