JAKARTA: Seorang penghantar makanan dalam talian (Ojol) memanfaatkan masa terluangnya ketika menunggu tempahan pelanggan masuk dengan membaca Al-Quran.
Tribunnews melaporkan, Siswanto mengikuti kelas mengaji di pusat tahfiz yang diusahakan oleh yayasan dompet tahfiz.
“Pada mulanya saya melihat iklan itu dalam media sosial, sebelum saya mendaftar dan mengikuti kelas tahsin Al-Quran di sini,” ujarnya.
Katanya, sepanjang mengikuti pengajian di tahfiz itu banyak mengubah dirinya ke arah lebih baik.
Selama tiga tahun, dia banyak menghabiskan masa di jalanan dan kebiasaannya mendengar muzik semasa waktu terluang.
Dia turut berkongsikan pengalaman ketika hendak memulakan kelas mengaji dan mendapat pesanan masuk.
“Pesanan itu pasti ada setiap hari, tetapi kita hanya memperuntukkan masa selama satu jam sahaja mengaji di sini kerana saya ingin bekerja sambil beribadah,” katanya.