JAKARTA: Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing tiba di Jakarta hari ini bagi menghadiri perbincangan krisis di negaranya dalam sidang kemuncak khas ASEAN.
Ia merupakan lawatan pertama Aung Hlaing ke luar negara sejak junta tentera melakukan rampasan kuasa dan tindakan kekerasan sehingga menyebabkan lebih 700 orang meninggal dunia.
Video dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia menunjukkan jeneral itu yang berpakaian sut gelap sedang turun daripada pesawat Myanmar Airways International selepas mendarat di ibu negara tersebut.
Barisan pemimpin Asia Tenggara dan menteri luar mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar dalam sidang kemuncak khas ASEAN di Jakarta. – AFP