AS sekat perusahaan permata Myanmar  - Utusan Malaysia

AS sekat perusahaan permata Myanmar 

PESERTA protes menulis tulisan menggunakan cat berwarna merah di atas jalan di Taunggyi, Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap perusahaan permata milik Myanmar dalam usaha mengurangkan kemampuan junta tentera menjana pendapatan. 

Lapor Reuters, sekatan itu merupakan arahan terkini Presiden AS, Joe Biden yang menyasarkan Jeneral Myanmar selepas melakukan rampasan kuasa sejak 1 Februari lalu sehingga mengorbankan 600 nyawa penunjuk perasaan. 

Pengarah Pejabat Perbendaharaan Kawalan Aset Luar Negara, Andrea Gacki dalam kenyataan berkata, tindakan jabatan itu merupakan komitmen untuk menafikan punca pendapatan junta tentera termasuk dari syarikat utama milik kerajaan di seluruh Myanmar. 

Myanmar Gems Enterprise (MGE) merupakan sebahagian daripada kementerian perlombongan Myanmar yang dimasukkan ke dalam senarai Warganegara Khas yang Ditetapkan Perbendaharaan. 

Sekatan itu menghalang rakyat AS melakukan urus niaga dengan entiti tersebut yang memberikan keizinan serta mengeluarkan lesen untuk melombong serta mengumpulkan hasil penjualan batu permata dan jed. 

Myanmar adalah pembekal utama batu jed selepas China serta sumber batu permata lain. 

Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken berkata, senarai hitam itu dikeluarkan ketika pemimpin junta tentera menghadiri pusat penjualan batu permata di Naypitaw. 

AS bersama negara Barat lain mengenakan sekatan terhadap jeneral Myanmar yang terlibat dalam rampasan kuasa dan beberapa anggota keluarga mereka serta dua konglomerat yang dikawal oleh tentera. 

Bagaimanapun, pemimpin junta sehingga hari ini masih enggan berundur.  – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya