Arab Saudi beri perkhidmatan terbaik kepada jemaah - Utusan Malaysia

Arab Saudi beri perkhidmatan terbaik kepada jemaah

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al Saud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEOM: Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz al Saud mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk meningkatkan usaha dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah sepanjang bulan Ramadan.

Lapor Saudi Gazzette, Raja Arab Saudi turut meminta pihak berkuasa memastikan keselesaan dan keselamatan golongan jemaah terjamin.  

Raja Salman mengeluarkan arahan tersebut ketika mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet secara maya.

Pada awal sesi mesyuarat, Raja Salman memuji dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas rahmat yang dikurniakan kepada umat Islam lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.

Raja Salman juga menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pemimpin dunia dan rakyat di negara itu atas doa pada bulan yang mulia ini.

“Semoga Allah menerima amal ibadah dan segera menamatkan pandemik Covid-19,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya