Angka korban hospital terbakar di Iraq meningkat 82 - Utusan Malaysia

Angka korban hospital terbakar di Iraq meningkat 82

PASUKAN polis Iraq berkawal di pintu masuk Hospital Ibn al-Khatib di Baghdad. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Jumlah mangsa yang terkorban akibat kebakaran di Hospital Ibn al-Khatib di sini meningkat kepada 82 orang terbunuh dan 110 lain cedera.

Lapor The Guardian, hospital tersebut menempatkan pesakit Covid-19 dan seramai 90 ke 120 pesakit diselamatkan.

Banyak ambulans bergegas ke tempat kejadian bagi membawa mangsa yang cedera akibat kebakaran.

Pesakit yang tidak mengalami kecederaan turut dipindahkan keluar dari hospital itu.

Ketua Unit Pertahanan Sivil Iraq, Mejar Jeneral Kadhim Bohan memaklumkan kepada agensi berita negeri mengenai kebakaran yang memusnahkan aras yang menempatkan unit penjagaan rapi.

Katanya, kejadian dikatakan berpunca daripada tangki oksigen meletup.

Setakat ini bilangan individu yang dijangkiti wabak Covid-19 di Iraq adalah seramai 102,528 dengan 15,217 kematian.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya