70,000 jemaah tunai solat Jumaat di Masjid al-Aqsa - Utusan Malaysia

70,000 jemaah tunai solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

PENDUDUK Palestin menunaikan solat Jumaat di luar bangunan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada 23 April lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kira-kira 70,000 penduduk Palestin memenuhi Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur hari ini bagi menunaikan solat Jumaat.

Kumpulan jemaah itu merupakan yang terbesar direkodkan sejak pandemik Covid-19 melanda Palestin pada tahun lalu.

Ketua Majlis Hal Ehwal Waqf Islam, Sheikh Azzam al-Khatib berkata, kesemua jemaah tersebut datang dari seluruh Palestin bagi menunaikan solat Jumaat.

“Pada Ramadan tahun lalu, pihak berkuasa Israel melarang sesiapa daripada memasuki al-Aqsa kecuali saya.

“Melihat begitu ramai jemaah menunaikan solat Jumaat menimbulkan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Bersyukur kerna masih diberi peluang solat berjemaah di dalam bulan Ramadan,” katanya.

Pihak berkuasa Israel memaklumkan seramai 10,000 penduduk Palestin yang sudah menerima suntikan vaksin diberikan permit untuk memasuki al-Aqsa bagi menunaikan solat.

Di dalam masjis tersebut, jemaah wanita dan lelaki duduk di atas permaidani sambil membaca kitab suci al-Quran.

Seorang penduduk Palestin, Daoud Salhab, 67, menyifatkan hari ini sebagai ‘hari kegemilangan’ kerana berpeluang menunaikan solat Jumaat dengan bilangan jemaah yang ramai.

“Sudah lama kami tunggu saat ini dan akhirnya sudah tiba. Alhamdulillah,” ujarnya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya