5 lagi terbunuh, angka korban meningkat 550 orang - Utusan Malaysia

5 lagi terbunuh, angka korban meningkat 550 orang

PROTES di Myanmar semakin memuncak apabila jumlah kematian mencecah angka 550 orang dengan 46 daripadanya adalah kanak-kanak. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Seramai lima penduduk Myanmar terbunuh selepas junta tentera melepaskan tembakan terhadap peserta protes hari ini.

Peserta protes masih cekal mengadakan aksi tunjuk perasaan walaupun dalam kumpulan yang lebih kecil sehingga jumlah kematian merekodkan jumlah 550 orang dengan 46 daripadanya adalah kanak-kanak.

Portal berita dalam talian Bago Weekly Journal melaporkan anggota keselamatan melepaskan tembakan terhadap orang ramai yang berhimpun sehingga meragut tiga nyawa di bandar Monywa.

Sementara itu, seorang lelaki ditembak di bandar lain, serta seorang lagi mangsa terbunuh di Thaton.

“Mereka mula menembak tanpa henti sehingga peluru senjata mengenai mangsa di hadapan saya. Dia mati serta merta,” kata seorang peserta protes.

Sementara itu, junta tentera mengeluarkan waran tangkap terhadap pengkritik dalam talian dan menyekat saluran internet.

Syarikat penyiaran MRTV memaklumkan pihaknya menerima 18 waran mengenai tangkap layar dan pautan ke profil Facebook.

Walaupun junta tentera menyekat platform media sosial seperti Facebook, mereka tetap menggunakan media sosial bagi mengesan sebarang kritikan.

Pada masa sama, Amerika Syarikat menyelar tindakan junta yang memutuskan rangkaian internet di negara itu. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya