4,500 penduduk Palestin ditahan di penjara Israel - Utusan Malaysia

4,500 penduduk Palestin ditahan di penjara Israel

SERAMAI 4,500 penduduk Palestin ditahan di penjara Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Seramai 4,500 penduduk Palestin termasuk seorang warga emas berusia 82 tahun ditahan di penjara Israel sejak tahun 2001.

Lapor Arab News, jumlah itu didedahkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kelab Tahanan Penduduk Palestin sempena memperingati Hari Tahanan Palestin yang disambut pada 17 April. 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 430 orang merupakan tahanan pentadbiran yang ditahan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan, yang membabitkan sebanyak 180 kanak-kanak serta 41 wanita dan gadis.

Dilaporkan, seramai 550 tahanan mempunyai pelbagai penyakit termasuk 11 orang menghidap kanser, tujuh mengalami kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung.

Salah seorang tahanan yang mengalami kesakitan merupakan warga emas, Foad Shobaki yang berusia 82 tahun, manakala, lapan orang lain mengalami kecacatan serius.

Menurut pertubuhan itu, setakat ini, seramai 222 tahanan meninggal dunia di penjara Israel sejak tahun 1967.

Dalam pada itu, Majlis Kebangsaan Palestin (PNC), Hari Tahanan memberi penghormatan kepada sejuta orang yang dipenjarakan sejak 1967.

Menurut PNC, seramai 73 tahanan meninggal dunia akibat penderaan fizikal manakala 67 mati disebabkan kecuaian perubatan.

Tambahnya, sebanyak 14 tahanan menjalani hukuman penjara lebih 30 tahun manakala, 47 orang pula dipenjarakan selama lebih 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya