44 maut rempuhan di tapak suci Israel - Utusan Malaysia

44 maut rempuhan di tapak suci Israel

PASUKAN keselamatan menyusun mayat mangsa selepas insiden rempuhan berlaku di Meron, Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERON, Israel: Sekurang-kurangnya 44 orang maut dalam satu kejadian rempuhan besar-besaran di sebuah tapak suci masyarakat Yahudi di utara Israel hari ini.

Kejadian itu berlaku di tapak suci Rabbi Shimon Bar Yochai di Meron dan kawasan tersebut dipenuhi dengan orang Yahudi bagi menyambut perayaan Lag BaOmer.

Tapak suci itu ditutup pada tahun lalu susulan pandemik Covid-19 sebelum dibuka semula pada tahun ini selepas Israel mencatat kejayaan dalam program imunisasi vaksin Covid-19.

Perhimpunan tersebut merupakan yang terbesar sejak pandemik bermula dengan media tempatan melaporkan, jumlah jemaah yang berada di tapak suci tersebut dianggarkan tiga kali ganda daripada biasa.

Laporan awal menyebut rempuhan berlaku apabila satu seksyen tempat duduk runtuh sebelum pihak berkuasa menyatakan ada kematian akibat rempuhan.

Jurucakap pasukan penyelamat Israel, Magen Davis Adom pada mulanya memaklumkan terdapat 38 orang maut akibat insiden tersebut dan angka korban meningkat selepas mangsa yang cedera parah meninggal dunia di hospital.

Selain itu, pasukan penyelamat menggunakan helikopter bagi memindahkan mangsa cedera ke hospital.

Media tempatan turut menyiarkan rakaman sejumlah mayat yang sudah dimasukkan ke dalam plastik di susun berhampiran tapak suci berkenaan. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya