44 maut, 65 cedera pentas sambutan perayaan Yahudi runtuh -

44 maut, 65 cedera pentas sambutan perayaan Yahudi runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya 44 orang maut sementara puluhan lagi cedera apabila sebuah pentas di festival perayaan keagamaan Yahudi runtuh dan menimpa pada pengunjung.

The Times of Israel melaporkan kebanyakan mangsa terpenyek hingga mati yang mana ketika kejadian ribuan penganut Yahudi ortodoks berkumpul untuk festival terbesar yang diadakan di negara ini sejak wabak Covid bermula.

Anggota paramedik menggambarkan suasana ketika kejadian sebagai “kacau-bilau” dengan para penyelamat bermati-matian berusaha menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa.

Anggota paramedik itu memberitahu, dia mendengar mangsa menjerit dan berteriak .

Katanya, ramai kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa dan ada yang cedera serta terpisah dari keluarga.

Saksi itu berkata, bencana itu menyebabkan para pengunjung panik dan memaksa menyelamatkan diri melalui laluan sempit kerana lokasi perayaan itu adalah kawasan yang sangat kecil di puncak gunung.

“Berlaku himpit menghimpit di mana orang tersepit antara satu sama lain ketika mereka berusaha untuk keluar.

“Orang di belakang menolak mereka yang di depan menyebabkan ada yang rebah dan mati dipijak,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya