TAIPEI: Sekurang-kurangnya 51 penumpang maut dan berpuluh-puluh orang cedera selepas kereta api tergelincir pada pukul 9.30 pagi di terowong utara Hualien, Taiwan.
Kemalangan itu berpunca selepas kereta api itu melanggar sebuah trak sekali gus merekodkan kes kemalangan melibatkan kereta api paling teruk selepas empat dekad.
Jabatan Bomba memaklumkan, kereta api ekspres itu dalam perjalanan dari Taipei ke Taitung yang membawa ramai pelancong semasa permulaan cuti panjang.
Rakaman imej menunjukkan insiden kemalangan menunjukkan gerabak di dalam terowong tercabut dan beberapa gerabak lain hancur sehingga menyukarkan operasi menyelamatkan penumpang lain.
Kereta api itu membawa seramai 350 penumpang dengan 72 mangsa masih terperangkap manakala, 61 orang dihantar ke hospital.
Menurut Jabatan Bomba, seramai 80 ke 100 orang berjaya diselamatkan daripada empat gerabak, sementara, gerabak kelima hingga kelapan masih sukar diakses.
Dalam pada itu, Ketua Polis Hualien, Tsai Ding Hsien mempercayai insiden itu berpunca akibat kenderaan pembinaan yang terjatuh ke arah landasan kereta api sebelum memasuki terowong. -AGENSI