400 tan minyak tumpah di Laut Kuning - Utusan Malaysia

400 tan minyak tumpah di Laut Kuning

GAMBAR dari pemandangan udara menunjukkan pelabuhan Qingdao di wilayah Shandong, timur laut China pada September 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kira-kira 400 tan minyak tumpah di Laut Kuning selepas sebuah kapal tangki bertembung dengan kapal lain di luar pelabuhan Qingdao, timur laut China, pada awal minggu ini.

Pentadbiran Keselamatan Maritim Shandong memaklumkan insiden tersebut bagaimanapun tidak memberi impak terhadap laluan keluar masuk kapal di pelabuhan Qingdao.

“Jumlah minyak tumpah daripada kapal sekitar 400 tan dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dilaksanakan secara teratur,” kata agensi itu dalam satu hantaran di media sosial.

Tambah agensi tersebut, sebanyak 12 kapal dekontaminasi dikerahkan untuk melakukan kerja pembersihan tumpahan minyak yang berlaku di sekitar kira-kira 75 kilometer (km) di luar perairan dari pelabuhan Qingdao.

Pengurusan teknikal kapal, Goodwood Ship Management menerusi kenyataan memaklumkan kapal Sea Justice bertembung dengan kapal tangki Liberia, A Symphony berhampiran Qingdao kira-kira pukul 9 pagi Selasa lalu.

Jelasnya, pelanggaran itu menyebabkan kapal terbabit kehilangan banyak minyak.

“Semua anak kapal tidak mengalami kecederaan,” katanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya