32 maut selepas disuntik vaksin AstraZeneca di Britain - Utusan Malaysia

32 maut selepas disuntik vaksin AstraZeneca di Britain

PETUGAS perubatan menyuntik vaksin AstraZeneca kepada seorang wanita ketika melakukan program vaksinasi dari rumah ke rumah di Chesterfield, England. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seramai 168 orang mengalami komplikasi darah beku selepas mengambil suntikan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca di Britain, dengan 32 daripadanya maut.

Menurut Agensi Kawal Selia Produk Ubat dan Kesihatan (MHRA), mereka yang mengalami pembekuan darah atau ‘thromboembolic event‘ meningkat sehingga 14 April lalu, apabila 21.2 juta orang menerima suntikan dos pertama vaksin itu.

Situasi itu menunjukkan peningkatan kepada 10 kes kematian berbanding tempoh sehingga 5 April lalu dan sebanyak 68 kes tambahan.

“Berdasarkan tinjauan yang dijalankan ketika ini, nasihat kami kekal bahawa manfaat vaksin ini melebihi risiko dalam kalangan majoriti penerima,” jelas MHRA.

Selain itu, kerajaan Britain pada bulan ini bersetuju menawarkan vaksin alternatif selain AstraZeneca kepada penduduk berusia bawah 30 tahun susulan kebimbangan orang ramai mengenai kes pembekuan darah.

Daripada 168 kes yang direkodkan, ‘cerebral venous sinus thrombosis‘ (CVST atau pembekuan darah dalam otak) berlaku dalam 77 kes melibatkan individu dengan purata usia 47 tahun.

Sebanyak 91 kes lagi dengan purata usia 55 tahun, menghidap thromboembolic event dan ‘trombositopenia‘ iaitu jumlah platelet darah rendah.

Menurut pensyarah pediatrik dari Universiti Bristol, Prof. Adam Finn, seramai 93 wanita dan 75 lelaki mengalami pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin AstraZeneca. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya