28 tan kokain dirampas di Belgium - Utusan Malaysia

28 tan kokain dirampas di Belgium

RAMPASAN kokain seberat 28 tan oleh polis Belgium. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 BRUSSELS: Polis Belgium berjaya merampas 28 tan kokain bernilai AS$1.65 bilion (RM6.6 bilion) selepas berjaya mengakses rangkaian telefon yang digunakan oleh penjenayah. 

Lapor CNN, pihak polis berkata, selama enam minggu sejak 20 Februari lalu, polis merampas 27.64 tan kokain di pelabuhan Antwerp termasuk rekod penghantaran 11 tan pada 2 hingga 3 April lalu. 

Pakar berjaya mengakses mesej rahsia daripada perkhidmatan mesej rahsia, Sky ECC yang mendedahkan maklumat terperinci mengenai penghantaran kokain. 

“Semasa siasatan kehakiman terhadap organisasi jenayah berpotensi yang disyaki sengaja memberikan telefon yang mempunyai komunikasi sulit ke persekitaran jenayah, pakar berjaya memecahkan mesej sulit itu dari Sky ECC

“Data ini mempunyai elemen dalam fail semasa serta membuka kesalahan jenayah baharu. Penyeludupan kumpulan kokain antarabangsa memainkan peranan penting dalam laporan yang dipintas itu,” katanya. 

Insiden agensi penguatkuasa memintas platform sulit yang digunakan oleh penjenayah bukan kali pertama berlaku.  

Tahun lalu, agensi penguat kuasa di Perancis dan Belanda memintas masuk ke platform dikenali EnroChat dan berkongsikan data menerusi Europol, yang membolehkan pihak polis memantau jutaan mesej komunikasi dan gambar secara sulit. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya