BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 46 lain cedera dalam kebakaran di Hospital Ibn Khatib yang terletak di tenggara Baghdad.
Lapor The Guardian, hospital tersebut menempatkan pesakit Covid-19 dan seramai 90 ke 120 pesakit diselamatkan.
Banyak ambulans bergegas ke tempat kejadian bagi membawa mangsa yang cedera akibat kebakaran.
Pesakit yang tidak mengalami kecederaan turut dipindahkan keluar dari hospital itu.
Ketua Unit Pertahanan Sivil Iraq, Mejar Jeneral Kadhim Bohan memaklumkan kepada agensi berita negeri mengenai kebakaran yang memusnahkan aras yang menempatkan unit penjagaan rapi.
Katanya, kejadian dikatakan berpunca daripada tangki oksigen meletup.
Setakat ini bilangan individu yang dijangkiti wabak Covid-19 di Iraq adalah seramai 102,528 dengan 15,217 kematian.