NARAYANGANJ: Jumlah mangsa terkorban akibat feri karam di Bangladesh meningkat kepada 26 orang selepas pasukan keselamatan mengeluarkan bangkai feri dari dalam air dan menemukan banyak mayat mangsa. Feri itu dikeluarkan dari Sungai Shitalakshya di tengah daerah Narayanganj sambil disaksikan ratusan penduduk dan ahli keluarga mangsa. Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Mustain Billah berkata, 21 mayat lagi ditemukan ketika feri tersebut dikeluarkan dari air dengan laporan sebelum ini menyatakan lima maut akibat insiden tersebut. Feri Sabit al Hasan karam selepas berlanggar dengan kapal kargo dalam satu insiden semalam. Kejadian itu berlaku kurang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya