15 juta dos vaksin J&J didakwa rosak  - Utusan Malaysia

15 juta dos vaksin J&J didakwa rosak 

INSIDEN itu secara tidak langsung akan melambatkan penghantaran bekalan vaksin Covid-19 yang akan datang. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kira-kira 15 juta dos vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Johnson & Johnson (J&J) didakwa rosak disebabkan kesilapan berlaku di sebuah kilang pengeluaran di Amerika Syarikat (AS).

Kejadian itu secara tidak langsung bakal melambatkan penghantaran bekalan vaksin Covid-19 yang akan datang. 

Lapor akhbar The New York Times, para pekerja di sebuah kilang di Baltimore, Maryland yang dikendalikan oleh Emergent BioSolutions telah `menggabungkan’ ramuan vaksin.  

Pegawai Persekutuan menyifatkan kesalahan itu sebagai `kesilapan manusia’ 

Bagaimanapun, jelas laporan itu, masalah tersebut tidak akan memberi kesan terhadap bekalan vaksin yang sudah dihantar ke seluruh AS.    

Tambah laporan itu, ia akan melambatkan proses penghantaran puluhan juta dos vaksin dari kilang Baltimore dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Dalam pada itu, J&J memberitahu bahawa pihaknya sudah mengenal pasti sejumlah dos yang ‘tidak memenuhi standard kualiti’ di kilang Baltimore, tanpa memaklumkan bilangan yang terjejas. 

“Kumpulan dos ini tidak pernah sampai ke peringkat pengisian dan peringkat akhir dalam proses pengeluaran,” kata syarikat farmaseutikal itu.

Jelas J&J, isu tersebut sudah dimaklumkan kepada Emergent BioSolutions dan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) AS. 

Menurut J&J, pihaknya akan menghantar lebih ramai pakar ke kilang tersebut untuk memantau proses penghasilan vaksin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya