110 tapak perkuburan purba ditemukan di Mesir - Utusan Malaysia

110 tapak perkuburan purba ditemukan di Mesir

TAPAK perkuburan purba itu ditemukan di lokasi arkeologi Koum el-Khulgan di wilayah Dakahlia. - KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN ANTIKUITI MESIR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Ahli arkeologi menemukan sebanyak 110 tapak perkuburan di sebuah kawasan purba di wilayah Nile Delta, ibu negara Mesir.

Menurut Kementerian Pelancongan dan Antikuiti, tapak perkuburan purba itu ditemukan di lokasi arkeologi Koum el-Khulgan di wilayah Dakahlia, kira-kira 150 kilometer (km), timur laut Kaherah.

Jelas kementerian itu, beberapa tapak perkuburan purba itu turut mengandungi mayat manusia.

Penemuan itu termasuk 68 kubur berbentuk bujur sejak Zaman Predynastik dari tempoh 6000 hingga 3150 Sebelum Masihi.

“Terdapat juga sebanyak 37 kubur berbentuk segi empat dari Zaman Pertengahan Kedua (1782-1570 Sebelum Masihi) ketika orang Semitik Hyksos memerintah Mesir.

“Baki lima kubur berbentuk bujur dipercayai dari zaman Naqada III sekitar 3200 hingga 3000 Sebelum Masihi,” kata kementerian tersebut.

Tambah kementerian itu, ahli arkeologi juga menemui mayat orang dewasa dan kanak-kanak serta peralatan pengebumian dan barang tembikar dalam kubur tersebut. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya