BEIJING: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh apabila sebuah trak bertembung dengan bas penumpang di timur China hari ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan, trak tersebut merempuh penghadang jalan sebelum melanggar bas berkenaan di wilayah Jiangsu pada pukul 1 pagi waktu tempatan.
Insiden itu juga menyebabkan dua trak lain berlanggar selepas kenderaan memperlahankan kelajuan bagi melihat kemalangan yang berlaku.
Kejadian itu menyaksikan 19 orang cedera dan mereka dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. – AFP