1,073 pengganas diberkas sejak 2018 - Utusan Malaysia

1,073 pengganas diberkas sejak 2018

PASUKAN Anti Keganasan Polis Indonesia, Densus 88, memberkas 1,073 suspek pengganas sejak 2018. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai 1,073 suspek pengganas ditangkap di Indonesia oleh Pasukan Anti Keganasan Polis Indonesia, Densus 88 sejak 2018 sehingga sekarang.

Lapor Kompas.com, perkara itu dimaklumkan oleh Jurucakap Polis Kebangsaan Indonesia (Kompolnas), Poengky Indarti yang menjelaskan penangkapan itu sekali gus berjaya memastikan acara besar seperti Pilihan Raya 2019, Pilihan Raya Daerah 2018 dan 2021, serta Sukan Asia 2018 yang diadakan di Jakarta dan Palembang berlangsung dalam keadaan selamat.

“Ramai suspek ditangkap kerana mempunyai bukti mencukupi mengenai penglibatan mereka dalam rangkaian pengganas,” katanya.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai data yang dikeluarkan itu.

Sementara itu, katanya, terdapat beberapa suspek terpaksa dilepaskan kerana tidak mempunyai bukti mencukupi.

Sebagai contoh, katanya, seorang isteri kepada suspek pengganas di Cianjur dikenali sebagai DK, dibebaskan oleh pihak polis kerana tiada bukti kukuh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya