Perlu kongsi lokasi semasa Hari Raya - Utusan Malaysia

Perlu kongsi lokasi semasa Hari Raya

PENJAWAT awam perlu berkongsikan lokasi mereka semasa cuti Hari Raya. - ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Lumajang menghendaki penjawat awam yang kad pengenalannya beralamat luar bandar untuk berkongsikan lokasi mereka sepanjang cuti Hari Raya. 

Lapor Kompas.com, peraturan itu ditetapkan untuk menghalang mereka pulang ke kampung semasa perayaan tersebut. 

Setiausaha Wilayah Lumajang, Agus Triyono, berkata, pihaknya juga akan meminta kerjasama seluruh ketua organisasi pimpinan daerah (OPD) agar peraturan itu dipatuhi penjawat awam. 

Jelasnya, semua OPD harus memastikan setiap penjawat awam di bawah kendalian mereka tidak pulang ke kampung semasa cuti yang bermula 12 hingga 16 Mei 2021. 

Katanya, mereka perlu merekodkan kehadiran dalam talian ketika cuti menerusi aplikasi Siperlu. 

“Mereka juga diminta berkongsikan lokasi sebanyak dua kali dalam sehari,” katanya. 

Bagaimanapun, penjawat awam yang mempunyai tugasan perjalanan rasmi dibenarkan meninggalkan Lumajang dengan mempunyai surat rasmi yang ditandatangani oleh ketua daerah. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya