1.5 juta kunjung Masjidilharam - Utusan Malaysia

1.5 juta kunjung Masjidilharam

ANGGOTA keselamatan Arab Saudi memegang payung semasa umat Islam menunaikan ibadah Umrah di Masjidil Haram di Mekah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kira-kira 1.5 juta jemaah mengunjungi Masjidilharam di Mekah dalam tempoh 10 hari pertama Ramadan.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan pihak berkuasa melaksanakan kawalan ketat termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka bagi memastikan pengunjung mematuhi protokol yang ditetapkan.

Peraturan itu bagi memastikan keselesaan jemaah termasuk kawasan sekeliling Kaabah yang diperuntukkan untuk jemaah umrah serta bahagian khas bagi golongan dewasa dan golongan kelainan upaya.

Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci turut menyediakan payung kepada setiap pengunjung di masjid itu ekoran cuaca panas ketika ini.

Suhu di Mekah dan Madinah minggu ini dijangka mencecah 38 darjah celcius.

Arab Saudi sebelum ini membenarkan 100,000 jemaah menunaikan solat di Masjidil Haram, manakala, 50,000 jemaah dibenarkan mengerjakan umrah sebagai pelan meningkatkan kapasiti operasi di masjid itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya