Wilders terus 'menggila' kecam Islam - Utusan Malaysia

Wilders terus ‘menggila’ kecam Islam

GEERT WILDERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELANDA: Selepas mencetuskan kontroversi mencadangkan penganjuran pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW, Geert Wilders nampaknya tidak serik-serik dengan ancamannya terhadap Islam.

Terbaharu, pemimpin anti-Islam Belanda itu bagaikan ‘sudah gila’ apabila secara terbuka menyeru umat Islam meninggalkan agama itu dan memilih kebebasan.

Malah Wilders tidak pernah menyesal dengan segala tindakan dilakukan yang jelas memusuhi Islam.

“Saya tidak pernah menyesal berjuang untuk kebebasan. Sudah tentu saya mempunyai pendirian, saya diserang begitu juga negara saya.

“Saya berjuang bagi setiap orang Islam, saya harap mereka boleh memilih kebebasan dan tinggalkan Islam,” katanya.

Wilders sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila bercadang menganjurkan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW pada 2018 sehingga dia sendiri membatalkannya selepas menerima ancaman bunuh.

Dia juga pernah disabitkan bersalah kerana menghina rakyat Morocco semasa protes 2014.

Dia kini tinggal di rumah yang mendapat perlindungan 24 jam oleh kerajaan Belanda.

Sementara itu, Wilders berkata, dia tidak pernah menyesal dan bersedia meningkatkan kempen menentang pendatang asing untuk menguasai pilihan raya minggu depan.

Dia memberikan fokus terhadap kempen pilihan raya mengenai penjagaan kesihatan dan menentang pelaksanaan perintah berkurung.

Namun, dengan harapan untuk mengubah keputusan sejak 2017 yang menunjukkan Parti Kebebasan (PVV) yang diwakilinya menjadi parti kedua terbesar di Parlimen, pemimpin berusia 57 tahun itu mengaku, Perdana Menteri, Rutte masih layak memenangi pilihan raya tersebut.

“Tidak dinafikan kerajaan sekarang lebih popular terutamanya Perdana Menteri.

“Isu lain seperti pendatang asing masih penting. Bagi pengundi saya, ia tetap menjadi isu nombor satu. Namun, sekiranya anda lihat pada kebanyakan orang Belanda, virus Covid-19 tetapi menjadi isu nombor satu,” jelasnya.

Walaupun begitu, Wilders masih berkeras mempertahankan dia tidak perlu meninggalkan retorik antiimigrasi dan antiIslam yang menentukan kerjaya politiknya selama dua dekad.

“Pendatang asing bukan penduduk barat adalah masalah yang sudah wujud. Saya percaya kita harus meningkatkan untuk melabur lebih banyak dalam mewujudkan dasar ini (daripada menentang pendatang asing),” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya