WASHINGTON: Seorang wanita dari Florida ditahan polis selepas didakwa menumbuk pelajar sekolah dengan menggunakan sarung tangan tinju. Lapor Metro, Edith Riddle, 34, didakwa menyerang pelajar terbabit selepas dia dan anak perempuannya selesai bertemu dengan penolong pengetua Dupont Middle School di Jacksonville, Florida. Menurut polis, ketika kejadian, anak perempuan Riddle meluru ke arah mangsa yang berada di kafeteria sekolah dan menolak pelajar itu ke lantai serta memukulnya sebelum ibunya turut terlibat dalam pergaduhan tersebut. Riddle didakwa telah menumbuk pelajar sekolah itu yang sedang terbaring di atas lantai. Mangsa mengalami kecederaan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya