Visa pelancong di Dubai dilanjutkan secara percuma - Utusan Malaysia

Visa pelancong di Dubai dilanjutkan secara percuma

PELANCONG diingatkan supaya menyemak visa mereka terlebih dahulu kerana lanjutan itu tidak diberikan kepada semua pelawat. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Pelancong yang berada Dubai akan dilanjutkan tempoh visa mereka sehingga hujung Mac ini, menurut laporan berita agensi tempatan.

Lapor Khaleej Times, pelancong memaklumkan visa mereka sudah dilanjutkan tempoh secara automatik selepas mereka memeriksa status e-visa secara dalam talian.

Syarikat pelancongan turut mengesahkan tempoh sah visa Dubai yang dipohon bagi pihak pelanggan sudah dilanjutkan secara automatik sehingga 31 Mac ini.

Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum membuat pengumuman mengenai lanjutan visa percuma selama satu bulan pada 27 Disember lalu kepada semua pelancong.

Pengumuman itu dibuat apabila beberapa negara melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan serta penerbangan udara disebabkan varian strain Covid-19 baharu yang lebih mudah berjangkit.

Kedutaan Pakistan dan India turut mengeluarkan kenyataan mengenai lanjutan tempoh sah visa yang dikeluarkan oleh Kerajaan UAE sebelum 28 Disember sehingga 31 Mac.

Bagaimanapun, agensi pelancongan memberi peringatan kepada pelancong supaya menyemak visa mereka terlebih dahulu kerana lanjutan itu tidak diberikan kepada semua pelawat.

Malah ada pengunjung perlu membayar denda kerana tinggal dalam tempoh lebih masa.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya