JAKARTA: Indonesia berhasrat memainkan peranan penting dalam aspek ketahanan kesihatan di peringkat global menerusi penghasilan vaksin Merah dan Putih. Jurucakap bagi Petugas Khas Menangani Covid-19, Wiku Adisasmito menerusi sidang akhbar dalam talian berkata, kerajaan turut berharap dapat membantu negara lain yang belum mendapatkan akses terhadap vaksin melalui penghasilan tersebut. “Indonesia mempunyai usaha serius untuk menghasilkan vaksin sendiri bukan sahaja memastikan kesediaan vaksin untuk negara sendiri, tetapi turut memainkan peranan penting di persada antarabangsa,” katanya. Menurut Wiku, kerajaan juga membuka ruang kerjasama dengan sektor swasta untuk menyediakan penghasilan vaksin ke peringkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya