Vaksin: Siapa yang untung?  - Utusan Malaysia

Vaksin: Siapa yang untung? 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kehadiran vaksin Covid-19 membawa sinar baharu kepada penduduk di seluruh dunia sekali gus menandakan permulaan kembali kehidupan normal.

Malah, ia juga mewujudkan pasaran global bernilai puluhan bilion dolar dalam jualan tahunan bagi beberapa syarikat farmaseutikal.

Antara pengeluar vaksin yang meraih jualan terbesar adalah Moderna dan Pfizer, dua syarikat farmasi Amerika Syarikat (AS) berbeza yang mengenakan bayaran lebih AS$30 (RM122) untuk seorang bagi perlindungan suntikan dua dos.

Moderna yang ditubuhkan 11 tahun lalu, tidak membuat keuntungan dan hanya mengaji 830 pekerja pra-pandemik.

Pfizer pula memperoleh keuntungan bersih AS$9.6 bilion (RM39.27 bilion) pada tahun lalu dan mengaji hampir 80,000 pekerja.

Namun, pengeluar ubat-ubatan lain seperti AstraZeneca dan Johnson & Johnson (J&J) berikrar untuk menghasilkan vaksin kepada semua orang secara sama rata dan bukannya berasaskan keuntungan sehingga pandemik itu berakhir. 

Vaksin Pfizer-BioNTech

*Beberapa negara telah menempah kira-kira 780 juta dos vaksin ini termasuk di AS sebanyak 200 juta dos bernilai AS$3.9 bilion (RM15.95 bilion) dan Kesatuan Eropah (EU) sebanyak 300 juta dos manakala 40 juta dos akan diagihkan kepada negara berpendapatan rendah menerusi skim Covax.

*Vaksin itu berharga sebanyak AS$39 (RM159) untuk dua dos  di AS manakala kira-kira AS$30 (RM122) di EU. 

*Pfizer menjangkakan jualan sebanyak AS$15 bilion (RM61 bilion) pada tahun ini berdasarkan tempahan semasa.

*Jumlah itu mungkin bertambah menjadi dua kali ganda selepas syarikat tersebut memaklumkan berpotensi untuk membekalkan dua bilion dos vaksin pada tahun ini.

*Penganalisis Barclays, Carter Gould meramalkan jualan sebanyak AS$21.5 bilion (RM87.95 bilion) pada 2021 diikuti AS$8.6 bilion (RM35.18 bilion) tahun depan dan AS$1.95 bilion (RM7.9 bilion) pada 2023, dengan andaian dos vaksin itu diberikan sekali suntikan.      

Moderna 

*United Kingdom (UK) memesan 17 juta dos dan EU pula membeli sebanyak 310 juta dos dengan pilihan untuk menambah lagi 150 juta dos pada 2022, manakala kerajaan AS menempah 300 juta dos suntikan. Jepun membeli sebanyak 50 juta dos vaksin.

*Moderna mengenakan bayaran sebanyak AS$30 (RM122) di AS dan AS$36 (RM147) di EU bagi dua dos suntikan vaksin Covid-19.

*Moderna menjangkakan jualan sebanyak AS$18.4 bilion (RM75.27 bilion) pada tahun ini.

*Penganalisis Barclays, Gena Wang pula meramalkan jualan sebanyak AS$19.6 bilion (RM80.17 bilion) bagi 2021, AS$12.2 bilion (RM49.4 bilion) pada 2022 dan AS$11.4 bilion (RM46.6 bilion) pada 2023, dengan andaian proses vaksinasi berulang.

Johnson & Johnson 

*Tempahan besar untuk vaksin ini melibatkan AS, UK (30 juta dos ditambah pilihan untuk 22 juta dos), EU (lebih 400 juta dos) dan negara Covax (500 juta dos hingga tahun 2022).

*Syarikat itu berharap dapat mengagihkan sekurang-kurangnya 1 bilion dos pada tahun ini yang akan menjana sebanyak AS$ 10 bilion (RM40.9 bilion).

*Kerajaan AS menempah sebanyak 100 juta dos dengan pilihan untuk membeli 200 juta dos lagi dan akan membayar AS$10 (RM41) untuk sekali suntikan.

AstraZeneca

*UK telah memesan 100 juta dos, EU (lebih 400 juta dos) dan AS pula sebanyak 300 juta dos.

*Penganalisis di SVB Leerink meramalkan jualan sebanyak AS$1.9 bilion (RM7.7 bilion) tahun ini dan AS$3 bilion (RM12.27 bilion) pada 2022.

*Jumlah jualan bagi tahun ini mungkin bertambah lagi sekiranya AstraZeneca mencapai sasarannya sebanyak tiga bilion dos.

*Syarikat ini berikrar untuk membekalkan vaksin dengan bukan berasaskan keuntungan sepanjang pandemik ini, malah bayaran dikenakan adalah AS$4.30 hingga AS$10 (RM17.58 hingga RM41) bagi dua dos suntikan.

Sinovac

*Syarikat ini merancang untuk membekalkan 10 juta dos vaksin kepada negara-negara di bawah skim Covax.

*Jangkaan jualan pada tahun ini mampu mencecah berbilion-bilion dolar namun jumlah sebenar tidak dinyatakan. 

*Sinovac yang berpangkalan di Beijing menyatakan mampu menghasilkan lebih sejuta dos pada tahun ini.

*Harga yang ditetapkan untuk vaksin ini adalah AS$60 (RM245) untuk dua suntikan dos di kebanyakan bandar di China.        

*Rakan kongsi Sinovac dari Indonesia, Bio Farma yang sudah menempah sekurang-kurangnya 40 juta dos memberitahu vaksin itu berharga AS$27.20 (RM111) untuk dua dos.  

Institut Gamaleya

*Secara keseluruhannya, lebih 50 negara termasuk Iran, Algeria dan Mexico telah menempah vaksin Sputnik V.

  *Jangkaan jualan syarikat ini tidak dimaklumkan secara terperinci, namun ia mungkin mencecah berbilion-bilion dolar pada tahun ini.

*Pembuat vaksin ini mengenakan harga sebanyak AS$20 (RM81) atau kurang untuk dua dos suntikan yang diperlukan di peringkat antarabangsa. 

*Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) memberitahu Financial Times bahawa pihaknya telah menandatangani kontrak dengan 15 pengeluar di 10 negara untuk menghasilkan 1.4 bilion dos suntikan.

Novavax

*Setakat ini, syarikat berkenaan bersetuju menyediakan 300 juta dos termasuk di UK (60 juta dos), EU, Kanada dan Australia.

*Firma farmaseutikal juga berharap dapat menghasilkan 150 juta dos sebulan dan harga vaksin itu dijangka jauh lebih murah berbanding pesaing lain.

*Menurut Financial Times, syarikat itu bersetuju mengenakan harga sebanyak AS$3 (RM12.27) bagi setiap suntikan di Afrika.

*Berdasarkan tempahan dibuat, Novavax melihat potensi untuk meraih beberapa bilion dollar pendapatan dalam tempoh 12 bulan akan datang.   

*Angka itu dijangka meningkat ketika Novavax berharap dapat mengeluarkan dua bilion dos setahun pada pertengahan 2011, menerusi hasil kerjasama dengan Institut Serum India.  

CureVac

*EU membuat pra-pesanan sebanyak 225 juta dos dengan pilihan untuk membeli 180 juta dos lagi.

*Firma bioteknologi yang disenaraikan Nasdaq berharap untuk menghasilkan lebih 300 juta dos pada tahun ini dan 600 juta hingga satu bilion dos pada 2022. 

*Jangkaan jualan pada tahun ini tidak dijelaskan dan harga vaksin belum didedahkan namun menetapkan harganya pada keuntungan.   

*CureVac menegaskan tidak dapat menetapkan harga di bawah kos kerana pelabur mengharapkan pulangan. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya