JAKARTA: AstraZeneca hari ini memaklumkan vaksin Covid-19 keluarannya tidak mengandungi bahan daripada babi.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) sebelum ini mendakwa vaksin tersebut haram digunakan oleh umat Islam kerana mengandungi bahan daripada haiwan tersebut.
Bagaimanapun, MUI meluluskan penggunaan vaksin tersebut berdasarkan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda Indonesia ketika ini.
Pengarah AstraZeneca Indonesia, Rizman Abudaeri berkata, tiada bahan daripada babi mahupun haiwan lain digunakan dalam semua peringkat penghasilan vaksin berkenaan. – REUTERS