Usaha apungkan Ever Given diteruskan - Utusan Malaysia

Usaha apungkan Ever Given diteruskan

Kapal MV Ever Given tersekat dalam kedudukan mengiring dan menghalang trafik di sepanjang Terusan Suez pada Mac lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Kapal kontena besar Ever Given dilaporkan masih tersekat di Terusan Suez di selepas beberapa cubaan untuk mengubah kedudukannya ketika air pasang menemukan kegagalan.

Lapor BBC, pihak berkuasa pengurusan terusan bagaimanapun berkata, beberapa kemajuan sudah dicapai dan mereka berharap agar kapal kontena itu dapat diapungkan lagi pada petang Ahad.

Kapal MV Ever Given tersekat dalam kedudukan mengiring dan menghalang trafik di sepanjang laluan perdagangan antara paling sibuk di dunia itu sejak Selasa lalu.

Insiden berkenaan mengakibatkan lebih 300 kapal tersekat di kedua-dua laluan itu, selain beberapa kapal terpaksa melencongkan perjalanan di sekitar perairan Afrika.  

Kira-kira 20,000 tan pasir dikorek serta 14 kapal tunda digunakan untuk menarik dan menolak Ever Given dalam usaha mengubah kedudukan kapal itu.

Meskipun arus kuat dan angin kencang merumitkan lagi usaha membebaskan Ever Given, kapal tunda tersebut berjaya menggerakkan kedudukan kapal tersebut sebanyak 30 darjah pada kedua-dua arah. 

Dalam pada itu, Pengerusi Pihak Berkuasa Terusan Suez, Jeneral Osama Rabie berkata, air sudah mula mengalir dibawah kapal kontena berkenaan.

Tambahnya, beliau berharap mereka tidak perlu mengeluarkan sebahagian daripada jumlah 18,300 kontena di atas kapal terbabit untuk meringankan muatannya.

Jelas Osama, keadaan cuaca bukan punca utama yang menyebabkan kapal kontena itu tersekat di laluan perdagangan paling penting di dunia.

“Mungkin terdapat masalah teknikal atau kesilapan manusia. Semua faktor ini akan dijelaskan dalam siasatan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya