WASHINGTON: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam beberapa insiden tembakan di tiga buah spa berbeza di Georgia semalam. Tiga orang maut ditembak di Young’s Asian Massage berhampiran Acworth, lapor CNN yang memetik jurucakap sherif Cherokee County. Tiga lagi terkorban di Gold Massage Spa di Atlanta dan seorang lagi terbunuh di Aroma Therapy Spa yang terletak di seberang jalan di lokasi sama. Menurut polis, empat mangsa di Atlanta merupakan wanita dan dipercayai berketurunan Asia. Siasatan masih diteruskan dan motif serangan masih belum diketahui. Polis juga kini memburu suspek yang berjaya dikesan menerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya