Trump buat hal lagi - Utusan Malaysia

Trump buat hal lagi

DONALD TRUMP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Donald Trump sekali lagi membuat `perangai’ apabila menjadikan sebuah majlis perkahwinan sebagai `platform berkempen’ dengan menyelar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Sebelum ini, bekas presiden AS itu pernah membuat penampilan sama dalam satu majlis resepsi yang diadakan di kelab golfnya di New Jersey pada 2019 sehingga mendorong pengantin lelaki dan perempuan serta tetamu melaungkan slogan `USA USA’.

Lapor BBC, berdasarkan video yang dikeluarkan oleh laman sesawang, TMZ, Trump melahirkan rasa tidak puas hati di majlis perkahwinan itu yang diadakan di resort Mar-a-Lago di Florida.  

Antara isu di bangkitkan adalah mengenai dasar Biden terhadap Iran dan China, situasi di sempadan Mexico dan dakwaan penipuan berlaku dalam pilihan raya presiden AS lalu.

“Adakah anda masih merindui saya ? Saya mendapat semua laporan penting ini dan mereka memberitahu saya mengenai isu sempadan, China dan Iran.

“Kami sudah bersedia untuk membuat perjanjian dan mereka sedia melakukan apa sahaja malah mereka sanggup berbuat demikian. Namun lelaki ini (Biden) bertindak menggugurkan sekatan dan kemudian menyatakan mahu berunding

“Iran memberitahu tidak berunding dengan AS. Mereka tidak mahu berunding dengan kita,” katanya.

Trump juga membidas pentadbiran Biden berhubung situasi yang berlaku di sempadan selatan dengan Mexico.

Katanya, bilangan orang yang memasuki negara semakin bertambah sejak Biden mengambil alih pemerintahan.

“Situasi di sempadan adalah tidak baik, malah paling buruk pernah berlaku. 

“Apa yang berlaku terhadap kanak-kanak, mereka hidup dalam kemelaratan. Tidak pernah berlaku seperti ini,” katanya.

Trump kemudian mengalihkan tumpuannya kepada kekalahan dihadapi dalam pilihan raya presiden AS yang lalu.

Selepas berucap beberapa minit, akhirnya, Trump mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin, John dan Megan Arrigo.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya