YANGON: Tiga penunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa dilaporkan terbunuh semalaman di bandar terbesar di Myanmar ketika ratusan penduduk mengingkari perintah darurat yang diisytiharkan oleh junta tentera. Junta tentera Myanmar meningkatkan tindakan terhadap penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu, sehingga menyaksikan lebih 70 orang terbunuh. Namun, ia tidak menghalang ratusan ribu penunjuk perasaan terus berkumpul di seluruh negara bagi menuntut pembebasan pemimpin Aung San Suu Kyi dan pengembalian semula demokrasi di Myanmar. Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan polis mengheret keluar tiga penduduk ke jalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya