PARIS: Jurucakap kerajaan, Gabreil Attal menegaskan tiada alasan untuk negara itu menolak vaksin Covid-19 AstraZeneca/Oxford.
Perancis dilaporkan akan menyambung semula penggunaan vaksin itu hari ini, sehari selepas Kesatuan Eropah menyakini suntikan vaksin itu memberi lebih manfaat berbanding risiko.
Lebih 12 negara termasuk Perancis menggantung penggunaannya susulan siasatan laporan mengenai gangguan darah yang dialami oleh penerima vaksin.
Perdana Menteri Perancis, Jean Castex dijangka mendapatkan suntikan vaksin bagi dirinya sendiri hari ini.
Beliau membuat pengumuman mengenai perintah berkurung di Paris dan beberapa bahagian lain di negara itu semalam, selepas penyebaran varian baharu Covid-19 yang mudah berjangkit meningkat.
Kerajaan juga berusaha memastikan seramai mungkin individu yang boleh bekerja dari rumah berbanding di pejabat ketika pelaksanaan perintah tersebut. -REUTERS