Thailand nafi hantar pulang pelarian Myanmar - Utusan Malaysia

Thailand nafi hantar pulang pelarian Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAE SAM LAEP, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menafikan pasukan keselamatan negara ini menghantar pulang penduduk Myanmar yang melarikan diri dari negara itu susulan pergolakan politik yang berlaku.

Sebaliknya, Prayut menegaskan kerajaan Bangkok bersedia menghulurkan bantuan dan perlindungan kepada penduduk Myanmar.

“Setakat ini, Thailand tidak mengusir mana-mana pelarian dari Myanmar.

“Kami cuma bertanya kepada mereka kenapa datang ke negara ini, jika ada masalah, beritahu kami dan jika tiada, lebih baik pulang semula ke negara mereka,” katanya.

Beliau membuat kenyataan itu sehari selepas beberapa kumpulan hak asasi manusia melaporkan pasukan keselamatan negara ini mula menghantar penduduk Myanmar ke tempat asal mereka.

Sebelum ini, tentera Myanmar mengebom beberapa kawasan perkampungan di negeri Karen menyebabkan penduduknya melarikan diri ke sempadan Thailand. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya