Tangguh vaksinasi, 108,000 mati setahun - Utusan Malaysia

Tangguh vaksinasi, 108,000 mati setahun

SEORANG lelaki berpakaian kostum Batman membawa sepanduk untuk mengingatkan penumpang tren mengenai langkah pencegahan Covid-19 di Yogyakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia tidak boleh menangguhkan program vaksinasi Covid-19 kerana akan menyebabkan ratusan ribu penduduk maut akibat virus tersebut.

Lapor CNN Indonesia, peringatan itu disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berdasarkan kes kematian harian yang direkodkan.  

“Setiap hari angka kematian mencecah 300 orang setiap hari, bermakna dalam sembilan bulan, sekiranya ditangguhkan menyebabkan 108,000 mati dalam setahun,” katanya. 

Menurut Budi, program vaksinasi turut menyasarkan sasaran herd immunity iaitu kumpulan sasar imuniti bagi membendung Covid-19. 

Katanya, usaha itu hanya mampu dicapai sekiranya 60 ke 70 peratus populasi Indonesia menerima suntikan vaksin. 

Beliau memaklumkan, Indonesia bertuah kerana berupaya memastikan bekalan vaksin daripada pembekal farmaseutikal dari pelbagai negara. 

Kerajaan Indonesia berjaya mendapatkan empat jenis vaksin iaitu Sinovac, AstraZeneca, Pfizer dan Novavax. 

Hal ini kerana masih banyak negara di rantau Asia Tenggara yang belum menerima suntikan vaksin sekali gus menyebabkan program vaksinasi tertangguh. 

“Masih banyak negara Asean belum menerima suntikan vaksin termasuk negara jiran kerana program ini memerlukan kesungguhan dan komitmen di seluruh dunia.  Australia sudah bermula, Jepun baru sahaja bermula,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya