Suu Kyi dihadapkan ke mahkamah - Utusan Malaysia

Suu Kyi dihadapkan ke mahkamah

PENUNJUK perasaan memegang poster gambar Suu Kyi ketika terlibat dalam demonstrasi membantah rampasan kuasa di Yangon., baru-baru ini. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dihadapkan ke mahkamah hari ini selepas junta tentera melakukan rampasan kuasa terhadap kerajaan awam sebulan lalu.

Pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu muncul buat pertama kali di mahkamah menerusi pautan video, sejak rampasan kuasa tentera itu yang mencetuskan siri demonstrasi berterusan di Myanmar.

Kemunculan Suu Kyi itu ketika para penunjuk perasaan mengadakan protes jalanan di seluruh negara untuk menentang tindakan ketenteraan yang semakin meningkat sehingga mengakibatkan rusuhan teruk berlaku semalam sejak rampasan kuasa.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan memetik maklumat sahih, sekurang-kurangnya 18 orang meninggal dunia semalam selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di beberapa bandar di Myanmar.

Peguam Khin Maung Zaw memberitahu AFP bahawa Suu Kyi kelihatan sihat semasa prosiding mahkamah tersebut.

Suu Kyi ditahan di Nyapyidaw dalam satu serbuan awal pagi sebelum rampasan kuasa dan tidak membuat penampilan umum sejak insiden itu.

Jeneral tentera mengemukakan pendakwaan Suu Kyi dengan dua tuduhan iaitu mengimport walkie talkie dan mengadakan kempen demonstrasi ketika wabak Covid-19.

Komuniti antarabangsa menganggap tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.

Prosiding mahkamah hari ini menyentuh mengenai beberapa perkara awal berkaitan kes itu termasuk permohonan Maung Zaw mewakili Suu Kyi secara rasmi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya