Suu Kyi berdepan pertuduhan tidak masuk akal - Utusan Malaysia

Suu Kyi berdepan pertuduhan tidak masuk akal

AUNG SAN SUU KYI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi didakwa dengan dua lagi pertuduhan jenayah ketika tampil di mahkamah menerusi sidang video semalam.

Pertuduhan itu dibuat kira-kira sebulan selepas tentera Myanmar menggulingkan kerajaan demokrasi negara ini.

Suu Kyi membuat penampilan umum pertama sejak ditahan oleh tentera negara ini pada 1 Februari lalu.

Menurut peguam Suu Kyi, Khin Muang Zaw, pemimpin wanita itu didakwa atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu memiliki walkie-talkie tidak berlesan dan cuba menggalakkan kekecohan.

“Kita tidak tahu berapa banyak lagi pertuduhan akan dikenakan terhadap Suu Kyi,” katanya.

Pada tahun lalu, Suu Kyi turut berdepan dengan pendakwaan sama iaitu memiliki walkie-talkie dan melanggar undang-undang komunikasi serta peraturan pencegahan Covid-19.

Keadaan di Myanmar semakin tegang dengan menyaksikan sekurang-kurangnya 18 penunjuk perasaan terkorban ketika polis dan tentera menyuraikan demonstrasi di seluruh negara kelmarin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya