BOULDER: Seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa menembak mati 10 orang dalam kejadian tembakan di sebuah kedai runcit di sini, semalam.
Suspek yang dikenali sebagai Ahmad Al Aliwi Alissa itu kini dirawat di hospital susulan cedera berbalas tembakan dengan polis selepas melakukan serangan di King Soopers di Boulder.
Lelaki itu berdepan dengan pendakwaan melakukan 10 pembunuhan dan dipindahkan segera ke penjara Boulder selepas selesai menerima rawatan di hospital.
Dalam pada itu, Ketua Polis Boulder, Maris Herold turut membaca satu per satu 10 nama mangsa yang terkorban dalam sidang akbar.
Kesemua mangsa melibatkan lelaki dan wanita berusia 20 hingga 65 tahun, termasuk seorang anggota polis. – AFP