Surat layang ejek kematian suami - Utusan Malaysia

Surat layang ejek kematian suami

KELUARGA Claudia menerima surat layang pada hari upacara pengebumian bapanya, Byong Choi. - CBS LOS ANGELES   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Seorang isteri yang bersedih atas kehilangan suaminya, terkejut selepas menerima sepucuk surat layang yang mengejek kematian suaminya yang merupakan orang Asia pada upacara pengebumian.

Lapor Metro, Claudia Choi dari Seal Beach, California berkata, keluarganya menerima surat layang itu menerusi pos yang bertulis, lelaki itu sudah meninggal dunia, menyebabkan ‘kehilangan seorang lagi penduduk Asia’.

“Kamu orang Asia sudah mengambil alih komuniti Amerika kami!, ia tidak seimbang dengan semua penduduk yang tinggal di sini. 

“Kemaskan beg dan sila pulang ke negara asal anda,” jelas surat layang itu. 

Menurut Claudia, surat layang itu diterima pada hari upacara pengebumian bapanya.

“Betapa kejamnya mereka berbuat demikian, mereka harus berasa malu dengan tindakan itu,” katanya.

Lapor CBS Los Angeles, Claudia memberitahu bahawa dia berasa jijik dengan sifat kebencian dan perkauman yang disasarkan terhadap keluarganya.

Malah, dia percaya pengirim surat layang itu mungkin tinggal dalam kalangan komuniti kejiranan di Leisure World, Seal Beach berhampiran rumahnya.

Serangan itu mungkin bersifat peribadi namun Claudia percaya ia juga sebahagian daripada agenda anti-Asia yang semakin meningkat sejak pandemik Covid-19 bermula.  

Surat layang itu diposkan kepada keluarga Choi, dua hari selepas insiden tembakan di tiga spa berasingan di Georgia, Amerika Syarikat (AS) yang mengakibatkan lapan orang meninggal dunia termasuk enam warga Asia Amerika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya