BANGKOK: Akibat tidak berpuas hati dengan suami yang tidak menjawab panggilan, seorang isteri tergamak mendera anak perempuannya semasa membuat panggilan video.
Lapor World of Buzz, suami wanita itu tidak menjawab panggilan telefon kerana sedang bekerja.
Berang dengan sikap suaminya, wanita itu tanpa teragak-agak mendera anak perempuannya yang berusia tiga tahun untuk menimbulkan kemarahan dan rasa bersalah suaminya.
Semasa membuat panggilan video, wanita itu dilihat mencekik dan menghentakkan kakinya di leher kank-kanak tersebut.
Menerusi video itu, suara budak itu meraung dan menangis kesakitan dapat didengar sehingga menyebabkan dia pengsan.
Wanita itu malah terus memaksa anaknya melutut bagi menimbulkan lagi kemarahan suaminya.
Keluarga lelaki itu yang melihat rakaman video tersebut menerusi Facebook membuat laporan polis dan memberikan perlindungan kepada budak tersebut.
Akibat rasa bersalah, wanita itu berkunjung ke rumah keluarga suaminya untuk memohon maaf.
Namun, keluarga itu berkeras untuk mengambil tindakan undang-undang dan polis kini menjalankan siasatan untuk mendakwa wanita tersebut.