COLOMBO: Sri Lanka mengumumkan pelan untuk mengharamkan pemakaian burqa dan bakal menutup lebih 1,000 sekolah agama Islam atau lebih dikenali sebagai madrasah kerana didakwa mengancam keselamatan negara ini. Menteri Keselamatan Awam, Sarath Weerasekara memaklumkan beliau sudah menandatangani dokumen berhubung isu berkenaan bagi mendapatkan kelulusan Kabinet menteri. Katanya, burqa memberi kesan secara langsung kepada keselamatan Sri Lanka. “Burqa menggambarkan imej pelampau agama dan kita akan haramkan pemakaiannya,” katanya. Selain itu, Weerasekara juga mengumumkan lebih 1,000 madrasah akan ditutup kerana tidak berdaftar dengan kerajaan dan tidak mempunyai polisi pembelajaran yang ditetapkan. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya