Simbah asid tak dapat pinjam duit RM1.42 - Utusan Malaysia

Simbah asid tak dapat pinjam duit RM1.42

DUA cedera selepas disimbah asid gara-gara enggan meminjamkan duit untuk bermain permainan video dalam talian di Palembang, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara kecewa tidak diberi wang sebanyak 5,000 rupiah (RM1.42) untuk bermain permainan video secara dalam talian (online game), seorang lelaki sanggup menyimbah asid terhadap rakannya.

Memetik laporan Tribunnews, lelaki yang dikenali dengan inisial F melakukan perbuatan itu terhadap rakannya, Edo Kurniawan, 20.

Selain Edo, asid yang disimbah oleh F turut terkena seorang budak lelaki berusia 11 tahun dikenali inisial DK, di lokasi kejadian. 

Akibatnya, kedua-dua individu tersebut terpaksa dikejarkan ke hospital Bari di Palembang.

Kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 4.47 petang waktu tempatan.

Pada hari kejadian, F meminta Edo mendepositkan 5,000 rupiah untuk bermain permainan video namun mangsa tidak mengendahkan permintaannya.

Berang dengan keadaan itu, Edo menjadi emosi lalu menyimbah asid terhadap mangsa.

“Ketika kejadian, dia berada dekat dengan saya. Tiba-tiba dia minta deposit 5,000 rupiah untuk main permainan video tapi saya tidak hiraukannya. Namun, tiba-tiba dia menyimbah asid pada badan saya,”kata Edo ketika ditemui di hospital.       

Jelas Edo, dia tidak tahu cecair yang dibawa oleh suspek adalah asid dan menyangka bahan itu adalah air biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya