Seorang maut kereta api tergelincir - Utusan Malaysia

Seorang maut kereta api tergelincir

GAMBAR kemalangan kereta api yang berlaku pada 11 Julai 2019 di wilayah Punjab, Pakistan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAKISTAN: Lapan gerabak kereta api Lahore tergelincir di selatan negara itu, awal pagi ini, sehingga menyebabkan seorang penumpang terbunuh dan 40 individu lain cedera.

Pegawai kereta api, Kamran Lashari berkata, insiden kemalangan itu berlaku antara stesen Rohri dan Sangi di selatan wilayah Sindh sehingga menyebabkan laluan kereta api tergendala sementara di kedua-dua arah.

“Setakat ini belum jelas apakah punca gerabak itu tergelincir. Kejadian kemalangan kereta api adalah perkara biasa di Pakistan dan pihak kerajaan tidak banyak memberi perhatian terhadap sistem isyarat dan laluan yang sudah uzur,” katanya.

Menurut Lashari, sebanyak lapan daripada 18 gerabak kereta api yang berlepas dari Karachi ke Lahore tergelincir dan enam penumpang terjatuh ke dalam kawasan parit yang cetek.

Pasukan bantuan dan penyelamat, Muhammad Arshad berkata, usaha menyelamat terhalang oleh cuaca gelap dan kawasan terpencil.

Katanya, mayat seorang wanita dan 40 mangsa tercedera dibawa ke hospital di bandar berdekatan.

Jumlah penumpang yang berada di dalam kereta api itu masih belum diketahui.

Sementara itu, Menteri Kereta Api, Azam Sawati memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa insiden itu sedang disiasat dan pihak kerajaan akan memberikan wang pampasan kepada waris mangsa yang mati dan mengalami kecederaan. -AP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya